Aku dan Boikot - Sang burung kecil yang mengangkut air

Assalamualaikum wbt

Benak fikiran saya berputar kembali sejak pagi tadi setelah saya selesai mengupload gambar brand-brand yang menyokong Yahudi di FB



Isu yang sudah lama di ketengahkan tapi baru hangat setahun dua di kalangan orang Malaysia
Sesetengahnya menganggap ianya klise
Ada juga meremehkan kerana begitu takjub dan yakin kuasa ekonomi besar Barat tidak bisa ditumbangkan

Ada bercakap dari sudut agama
Ada juga bersuara dari sudut ekonomi
Tak kurang juga yang sekadar cakap-cakap kedai kopi
Emosi tinggi, fakta lansung tak mampu nak beri

Saya juga telah banyak menulis tentang Boikot dan Palestin sebelum ini. 
Malam ini bukan hasrat saya untuk mengulas fatwa, nombor graf di carta ekonomi dan sebagainya

Malam ini hanya utk bercerita
Jika ingin membaca tentang tulisan sebelum ini, boleh la klik di pautan di bawah:

1. Boycott! Tun M kata tak mati umat islam kalau tk minum Coca-Cola
2. 1 Dollar sahaja
3. Jangan buat DERK - Senarai penuh syarikat berkaitan
4. Qunut Nazilah for Ummah
5. Ada apa dengan Nakbah Palestin?
6. Khutbah Terhangat di pasaran - tulisan Dr Maszlee


Saya mula kenal dengan boikot pada tahun 2004.
Ya, sudah hampir menjangkau 10 tahun cerita boikot saya.
Satu video yang saya tonton tentang kekejaman Israel laknatullah buat saya loya tekak
Hanya cuba gambarkan saya dan keluarga di tempat orang Palestin boleh buat air mata jatuh bertempayan dan kalau Sultan Melaka cuba dapatkan utk jadi hantaran pun mmg lepas 7 tempayan kot?

Israel laknatullah bebas ambil tanah, rumah, kebun,harta malah NYAWA rakyat Palestin
Boleh ke bayangkan diorang datang sini, buat macam reta sendiri?
Kalau hanya ada batu aje depan mata kita, kita amik tak dan lempar tak kat diorang?

Tapi saya jauh dari bumi Aqsa
Macam mana pula nk lempar sama batu?
Cara saya membantu dah tentu lain dan tk sama.

Doa semudah-mudah perkara yang boleh usaha.
Next step derma
Walaupun tak banyak mana, konsisten RM10 sebulan pun dah kira usaha baik.

Tapi,
Matikah saya kalau ikut serta seruan boikot barangan syarikat yang sokong Israel?

Sejak saya nekad, saya takde pulak rasa bermasalah dalam boikot ni

NOKIA?
Saya hanya ade the legendary 3315 aje yg dibeli taun 2002. Lepas tu tak pakai henpon Nokia , hanya Samsung, Iphone atau Sony Ericsson yang saya suka.

MCDONALD?
Saya tak perlu pun McDonald, kali last saya makan pun time 2004 tu la sebab terdesak tkde sarapan lain time tu. Ada sekali tahun 2012 kalau tk silap, kami kene kerja awal pagi dan boss datang bawak Sarapan dari McD. Die lupe saya tak makan katanya. Saya saje test nk rasa burger tu sbb dh org beli, saya gigit sekali dua. Tp mmg sekali dua je la sebab lepas tu terus berlari ke tandas rasa nk muntah. Memang tak lalu lansung nk makan! Tatau le ape yang orang suka sangat. Dah la tak sihat dan penuh perasa, tu pun sanggup beratur pepagi buta nak makan mende tu??


COKE?
Punya banyak nya keburukan dan video pasal Coke ni tapi masih juga nk minum? Heran 1000 kali. Orang yahudi pun tk minum Coke. Kesan sampingan pada kesihatan sangat banyak. Saya rasa kalau imbas time remaja dan amik Coke dulu-dulu, punya kuat nye sampai tekak rasa nk tercabut. Ngape yang korang suke sangat?


STARBUCKS?
Banyak lagi option lain boleh cuba, bukan ade masalah pun. Dah la mahal. Cuba try tak minum sebulan dan tengok berapa penjimatan?

INTEL?
Yang ni syok sikit. Ramai argue dengan saya time tu, intel ni dikira keperluan utama dan wajib sebab semua komputer pun mmg pakai Intel especially time tu Intel Dual Core baru diperkenalkan dan semua orang berebut nk pakai. Tp saya kata lagi, saya tak mati pun tk pakai Intel tu. Siapa yang kaki gamers waktu tu mmg akan tau yang AMD lg power dari beberapa sudut. Saya bertukar pakai AMD bukan sebab saya gamers, tapi atas sebab boikot plus saya mmg suka pakai sebab graphic dia time tu mmg lg power. Adakah profession saya sebagai pelajar IS waktu tu tergugat sebab tak pakai Intel? Nope. Tak lansung

NESTLE?
Milo dah lama tk beli, pakai Vico je. Kalau nk healthy lagi pakai serbuk koko yang lebih sihat dan kurang manis tapi budget tinggi sikit la.  Nescafe? Kami tukar jadi Indocafe. Atau kalu nak beli la serbuk kopi Cap Rambutan beli kt Teluk Intan atau kopi Muar yang lebih famous atau Ipoh OldTown White Coffee. Bagus ape, support produk tempatan.


JOHNSON & JOHNSON
Bedak baby bukan elok sangat pun. Tapi kalau nk pakai juga kami pakai Anakku atau brand Pureen yang ade pure corn startch. Lebih elok dan tidak menimbulkan ruam. Mandian pun pakai Pureen Head to Toe. Sedap je bau nya. Murah pun lagi.

DKNY, CK ETC
Mmg tk pakai. Mahal. Beli yang biasa sudah...


KESIMPULAN:

Mula-mula memang la rasa susah
Mak aih, semua mende tk boleh kot?
Tapi lepas lama-lama, korang akan rasa yang tak susah pun
Boleh sangat nk hidup tanpa barang tu semua
Saya pun bukan hafal semua
Kadang-kadang dah terbeli baru perasan
Tapi kita usaha
Jadi burung kecil yang angkut air waktu Nabi Ibrahim a.s di bakar
Sekurang-kurangnya usaha kita dinilai

Satu lagi, kene faham betul-betul kenapa nak boikot
Bukan ikut-ikut lepas tu hanga-hangat tahi ayam
Boikot nya bermusim
Sama macam kita faham kenapa kene puasa dan solat
Macam tu la
Bila dah faham, kita tahu hala tuju dan ada push factor

Ok?

Selamat beramal!

Salam Boikot,

Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

5 comments:

  1. Walaupun kesedaran utk boikot tu agak lambat sampai, kira2 baru 5 tahun lepas tp alhamdulillah masih lagi konsisten..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. mudah mudahan allah bagi konsistensi pada kita..
    amin

    :D

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:10:00 AM

    Betul tu...boikot juga 1 jihad bg kita umat Islam...saya ada juga terbaca mengenai kopi cap buah rambutan... dalam fb : coffmas industries...kopi dari teluk intan, perak...semoga perjuangan dlm mboikot brg yahudi dpt menyelamatkan umat islam palestin dan syria.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    AMD bukan dah ada R&D Plant dekat Israel ker? Saya rasa utk processor laptop dan desktop dah tak ada jalan lain. Nak tak nak kena guna juga. Tpi untuk produk harian macam Milo,Mcd,Starbucks dan kosmetik dah ada alternatif dia, Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  5. selagi barangan yang kita boleh pilih (ada option utk tidak guna) jomlah sama2 kita boikot.

    ReplyDelete