Kolestrol pun ade yang baik dan yang jahat?

Assalamualaikum wbt

Wah, tak perah dulu terfikir yang kolestrol ni ada dua jenis rupanya

Selalu tu kalau cakap aje pasal kolestrol terbayang yang jahat aje
Yang baik pun ade?

Ni la fungsi pergi bengkel dan kenali bahagian tubuh badan dan supplement yang sesuai. Jadi kita lebih faham dan dapat berikan konsultasi kepada pelanggan dengan lebih baik.


Kan? Kan?


:)


Ok, jom kenal lebih sikit pasal Kolestrol ni


















Apa sebenarnya Kolestrol?

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kiranya kalau tkde pun tak boleh lah.Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.




















Ada berapa jenis Kolestrol?

Kat dalam badan kite ni, ade 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol.
Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).

LDL ni glamour jugak kerana dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Jadi sebab tu la tadi dikatakan kolestrol ni penting juga. Bukan semuanya kita kene buang ye.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.


Apa fungsi Kolestrol?

Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:

  • Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
  • Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
  • Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
  • Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
  • Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.


Apakah tahap normal Kolestrol?

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.














Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik
















Bagaimana cara mengawal paras Kolestrol?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.

MENGAWAL DIET Sebenarnya, makanan sebenar yang mengadungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita megambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti.

PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL – Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi . Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya.

MENURUNKAN BERAT BADAN - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menhadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.

MENJAUHI ROKOK DAN ALKOHOL - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak bagus utk kesihatan dan haram disisi agama Islam.

PENGAMBILAN SUPPLEMEN - Supplemen yang diambil dengan betul dapat memberikan bantuan kepada tubuh kita dalam mengurangkan paras kolestrol yang tidak diperlukan tubuh di samping menjaga kesihatan jantung.




Apakah supplemen Shaklee yang dicadangkan?

Untuk mengawal paras kolestrol dan masalah berkaitan dengannya, terdapat 3 produk khas yang boleh di amalkan penggunaannya utk kesan yang optimum.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik di link setiap supplement ini:


PHYTOCOL-ST SHAKLEE

OMEGA GUARD SHAKLEE
COQ-10 HEALTH PLUS SHAKLEE

Setiap produk mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Untuk konsultasi dan nasihat secara peribadi, hubungi kami di talian 019-5558027 atau emailkan sebarang pertanyaan ke salwamohdsaleh@gmail.com


Hubungi kami segera!

Love,






















Terdapat pelbagai keistimewaan jika anda menjadi ahli Shaklee. Klik sini utk mendaftar pada hari ini: JOIN SHAKLEE 

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment