Kesal, sedih dan kecewa
Itu antara ungkapan sewajarnya setelah beberapa tahun perkara yang sama berulang
Sejak saya masing bujang, hingga sudah berumah tangga dan mempunyai anak
Masih juga memperkatakan soal yang sama.
Kenapa Hari Ibu juga yang sangat dipertikaikan? Tidak hari-hari lain seperti hari guru, hari jururawat, hari kanser sedunia atau hari-hari lain sedangkan sambutannya tidak melibatkan upacara keagamaan?
Sejarah tentang 'Mothering Day' yang di raikan penganut agama Kristian adalah berbeza
Atau golongan Greek yang memujakan dewa mereka
Mother day hanyalah hari tambahan istimewa meraikan ibu yang banyak berkorban
Diasaskan atas rasa kesedihan kerana ketiadaan ibu tersayang
Mengapa harus libatkan isu bida'ah dalam sambutan yg bukan berunsur agama ini?
Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan sambutan Hari Ibu
Ulama' juga ada yang mengharuskan seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawi dengan beberapa panduan untuk sambutan yang boleh dibaca disini: Fatwa tentang hari ibu
Siapa lagi yang berhak dimuliakan oleh seorang anak?
Hadis ini terlalu banyak kali di beritakan kepada kita
Abu Hurairah r.a berkata, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya,
"Siapakah manusia yang berhak aku layan sebaik-baiknya?”. Baginda menjawab, "Ibumu."
Dia bertanya, "Kemudian siapa?”. Baginda menjawab,"Ibumu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?". Baginda menjawab,"Ibumu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?". Baginda menjawab,"Ayahmu."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Berapa ramai yang mengambil iktibar?Dia bertanya, "Kemudian siapa?”. Baginda menjawab,"Ibumu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?". Baginda menjawab,"Ibumu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?". Baginda menjawab,"Ayahmu."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Benarkah anda menghargai ibu yang bersusah payah melahirkan anda setiap hari?
Benarkah anda telah mengucapkan terima kasih kepada nya setiap hari atas semua pengorbanan?
Benarkah anda mengirimkan wang atau hadiah kepadanya kalau bukan setiap hari, setiap bulan?
Benarkah anda titipkan doa dengan menyebut dengan penuh namanya setiap hari agar Allah berkati?
Benarkah anda juga hargai jasa ibu kepada anak-anak anda setiap hari?
Jika tiada satu pun mampu di jawap YA, hentikan kata-kata 'hari ibu adalah setiap hari' yang hanyalah polemik semata-mata.
Susah benarkah mendail telefon, mengambil waktu seminit dua mengucapkan penghargaan pada hari sambutan? Mahal benarkan harga hadiah atau sekuntum bunga yang perlu dikeluarkan untuk menggembirakan hati si ibu yang banyak berkorban?
Jika kesakitan mengandungkan, melahirkan dan menyusukan itu ditimpakan pada kamu wahai kaum lelaki, nescaya tidak akan pernah sanggup kamu lalui
Seingat saya, sejak saya tahu tentang hari ibu, belum pernah ada sekalipun saya tertinggal mengucapkannya
Malah ketika saya berada diluar negara, saya usahakan mengirimkan hadiah dari jauh utk Emak saya
Ada juga entri khas saya nukilkan tentangnya: Selamat hari Ibu
Jika anda seorang ibu, dan tidak mahu menyambut hari ibu, itu pilihan anda
Jika anda seorang anak, dan tidak mahu menyambut hari ibu, pilihan anda kurang tepat dan bijak
Saya berdoa, anak-anak saya tidak akan membuat pilihan tidak bijak dan berusaha menggembirakan hati Emaknya pada hari istimewa itu.
Mungkin hanya kecil sebesar zarah bagi anda, tapi maknanya seluas isi dunia bagi saya
P/s: Video ini menyentuh hati. Apabila cinta dihati...
Wallahu'alam
Betul-betul
ReplyDeleteSaya sokong
Betul-betul
ReplyDeleteSaya sokong
I'm with u kak wa...
ReplyDeletesaya sokong
ReplyDelete