Benarkah E471 dan Bovine adalah haram?

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terlebih dahulu.


Jika pada Mac 2006, saya pernah menulis tentang BE SCEPTICAL, hari ini saya perlu menulis lagi. Seperti tajuk entri saya kali ini, masalah ini sudah lama wujud, dari zaman saya masih pelajar hingga sekarang sudah mempunyai 2 orang cahayamata, tetapi masih dengan masalah yang sama






ISU E471 atau Emulsifier 471

Banyak pihak kerap meng'forward' tentang produk yang kononnya haram kerana mengandungi E471. Yang terlampau taksub hingga menyalahkan JAKIM kerana mengeluarkan sijil halal sedangkan produk itu mempunyai E471. Antara yg pernah terkena tempias adalah keropok ROTA, Coklat Kopiko dan macam-macam lagi.


Jadilah pengguna beretika dan sedikit bijak sebolehnya. Google dihujung jari. Ambillah inisiatif dan jangan cepat menghentam. Cari sumber rujukan yang dipercayai dan bukan seronok dengan cerita gosip panas tak tentu hala.


Jakim sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) .


Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Jangan lah cepat melompat dan terjun tingkap atau terburu-buru nak samak tekak dengan air tanah kerana tertelan produk yang ada E471!



Isu Bovine dan Gelatin


Sama seperti isu E471, kebanyakan orang kerap dengan semberono menyebarkan berita tidak betul atau lebih tepat dipanggil FITNAH bila melihat dua perkara ini berada didalam bahan sesuatu makanan.


Ada yang sampai tangkap gambar buang supplement dalam tong sampah sebab ragu-ragu dengan kandungan bovine dalamnnya. Jadilah sedikit rajin utk bertanya atau dapatkan pengesahan. Janganlah kerana gossip mak jemah atau kiah propa, anda pun menangguk sama.


Gelatin ini boleh berasal dari pelbagai sumber. Jika sumbernya adalah lembu maka ia digelar Bovine. Jika dari ikan, akan digelar Marine dan jika berasal dari babi, akan dipanggil Porcine. Ada juga gelatin berunsur dari tumbuhan.


Jika mereka menggunakan Porcine, maka jelas ianya Haram. Jika berasal dari tumbuhan atau marine, ianya adalah halal namun, jika yg digunakan Bovine, maka kaedah penyembelihan binatang itu mestilah mengikut garis panduan islam.


Makanya, tak semestinya bila nampak Gelatin atau Bovine, ianya HARAM mutlak!

Rujuk sijil halal dan jika sah, maka bolehlah kita guna dan makan









Harapnya dapat lah memberi sedikit manfaat

Jadilah pengguna bijak ye



Love,


Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

5 comments:

  1. Setuju dengan akak. Bacalah dan kajilah dulu. Bukan 'share' dulu.Saya di bidang inipun pening dan naik muak dah dengan mesej berantai tak tentu hala. Ada yang lagi 'best', jangan makan sardin,tulang sardin tu reput kan? Kalau kita makan macam mana? Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak meng stresskan heehe. tp tu la, kita kene teruskan memberi maklumat yg betul supaya lebih ramai yang tahu :D

      Delete
  2. Salam kak
    Saya baru beli product
    Nutralife capsule L-carnitine
    Dalam ingredient dia ada tulis gelatin bovine source tapi tak ada logo halal
    Saya rasa was-was macam mana nak tau halal ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws wbt. kalau kes gini, awk kene contact syarikat tu sendiri, tanya ada tak sijil halal.

      Delete
  3. kalau halal pun dia x faham... kena buangke supplement tu... buang kapsul gelatin bovin tu saja boleh ke... macam pernah dengar zaman dulu... jgn bazir katanya

    ReplyDelete