Assalamualaikum wbt
Kita biasa dengar ramai orang Malaysia yang
mempunyai masalah kolestrol yang agak tinggi.
Gaya hidup, kesukaran mengawal diet seharian dan
beberapa faktor lain membuatkan ramai dikalangan kita menghadapi maslaah ini.
Sampai ada pengarah yang boleh jadikan kolestrol
sebagai tajuk filem suatu ketika dulu. Huhuhu.
Sebelum saya bercerita panjang tentang Kolestrol, saya berikan sedikit gambaran terlebih dahulu tentang set kolestrol Shaklee. Sila klik pada gmabar utk paparan lebih jelas.
Apa sebenarnya Kolestrol?
Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang
penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.
Kiranya kalau tkde pun tak boleh lah.Kolesterol bergerak
sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari
lemak (lipid) yang diselaputi protein.
Kita biasa dengan tentang kolesterol yang
termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya
ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan
kepada kesihatan kita.
Ada berapa jenis Kolestrol?
Kat dalam badan kite ni, ade 2 jenis lipoprotein
membawa kolesterol.
Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan
yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).
LDL ni glamour jugak kerana dipanggil
‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa
kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.
HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik.
Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana
hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.
Jadi sebab tu la tadi dikatakan kolestrol ni
penting juga. Bukan semuanya kita kene buang ye.
Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL
kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai
fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.
Apa fungsi Kolestrol?
Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat
beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:
- Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
- Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
- Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
- Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
- Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
- Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
- Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
- Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.
Apakah tahap normal Kolestrol?
Tahap kolesterol (total) yang normal lebih
kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130
mg/dl.
Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap
sepatutnya?
Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh
mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada
tahap yang sepatutnya.
Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
- Strok
- Serangan jantung
- Penyempitan arteri
- Darah tidak mengalir dengan baik
Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan
untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.
MENGAWAL DIET– Sebenarnya, makanan sebenar yang mengadungi kolesterol
(dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh
kita. Masalah berlaku apabila kita megambil makanan yang tinggi lemak tepu
seperti makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan
lemak yang berkualiti.
PERBANYAKKAN
AKTIVITI FIZIKAL – Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti
fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL
adalah lebih tinggi . Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan
ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya.
MENURUNKAN
BERAT BADAN - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang
menhadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.
MENJAUHI
ROKOK DAN ALKOHOL - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak
bagus utk kesihatan dan haram disisi agama Islam.
Bagaimana
Shaklee boleh membantu anda?
Sekiranya anda mengalami masalah kolesterol
tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, saya nasihatkan
anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.
Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen yang
mempunyai mempunyai tidak balas dengan ubat yang anda ambil.
Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol
tanpa ubat atau secara semulajadi, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu
ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.
Pengambilan konsisten supplement Shaklee dan
mengamalkan tips yang disebutkan akan membantu anda.
Items yang terkandung didalam Set Kolestrol
Shaklee adalah:
B Complex – Vitamin
B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol
Garlic – Garlic
merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
Omega Guard – EPA dan
DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.
Vita-C – vitamn
C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.
Bagaimana ingin memiliki
Set Kolestrol Shaklee?
Mudah sahaja!
Hubungi kami di talian
019-5558027 atau emailkan sebarang pertanyaan ke salwamohdsaleh@gmail.com
- Tips esklusif utk mengawal paras kolestrol
- Jadual pengambilan supplements
- Cara pengambilan terbaik Set Kolestrol
- Contoh meal plan
Semua diatas adalah
esklusif untuk pelanggan salwasaleh.com sahaja!
Hubungi kami segera!
Love,
Terdapat pelbagai keistimewaan jika anda menjadi ahli Shaklee. Klik sini utk mendaftar pada hari ini: JOIN SHAKLEE
Terdapat pelbagai keistimewaan jika anda menjadi ahli Shaklee. Klik sini utk mendaftar pada hari ini: JOIN SHAKLEE
Shaklee ni memang bagus... tapi tu la. Kalau satu sakit, kena telan 4 5 jenis ubat. Contohnya ni la, set kolestrol ni. Tak boleh ke dalam satu pil tu letak semua bahan? Pil dah la besar-besar. Erm... sy makan shaklee jugak, tapi kalau shaklee boleh imporve lagi bagus.
ReplyDeleteskrg dh ade yg baru sis
Deletenamanya Coq10. boleh cover utk kolestrol cuma sekarang dah tkde stok. nnti akan ade balik :)
Berape harga set utk kolestrol
DeleteAs salam...puan jika nak kurangkan kolestrol antara produk yg disaran kat atas...produk mana yg lbh ptg utk mgurangkan kolestrol...utk bajet
ReplyDeleteSet kolesterol ni kena kawal gaya hidup dan pemakanan juga baru dapat kesan yang lebih baik..
ReplyDeleteAslm sis nak tnya,set tuk kolestrol,harga berapa
ReplyDelete