Projek Tanpa 'JANGAN'

Assalamualaikum wbt

Siapa sini biasa cakap JANGAN pada anak-anak?
Kadang-kadang bukan anak sahaja, dengan orang lain pun sama
Kita terbiasa guna perkataan ini (dan perkataan negatif lain) untuk tujuan menegah
Tapi bila sudah jadi kebiasaan, habis semua perkara pun kita akan cakap JANGAN

Jangan main dekat situ!
Jangan pukul adik!
Jangan menjerit!
Jangan ambil pen tu!

Ini tentu ayat-ayat famous dalam rumah kita
Saya saja je letak ! kat hujung setiap ayat
Sebab?
Kita kalau pakai perkataan Jangan intonasi suara nye jangan harap la rendah, dan tentu menjerit!

























Jadi, saya pun cuba la utk baiki keadaan didalam rumah
Takut juga kalau anak-anak besar dengan perkataan negatif ni
Makanya bermula dari 3 Oktober lalu saya pun cubalah projek tanpa Jangan ni.

Setiap jangan yang saya keluarkan, saya harus menambah 10sen kedalam tabung Imran dan I'jaaz
Saya rekodkan setiap hari sampai 21 Oktober 2013

Hasilnya?


3 Okt: 70sen
4 Okt: 70 sen
5 Okt: 50sen
6 Okt: 50 sen
7 Okt: 60sen
8 Okt: 30 sen
9 Okt: 10sen
10 Okt: 20 sen
11 Okt: 50sen
12 Okt: 50 sen
13 Okt: 50 sen
14 Okt: 40 sen
15 Okt: 0 sen! (btw, 15 Okt hari lahir Emak, so that's why la kot?)
16 Okt: 10 sen
17 Okt: 20sen
18 Okt: 20 sen
19 Okt: 20sen
20 Okt: 30 sen
21 Okt: 50 sen


Nampak tak polanya?

Mula-mula susah sangat sampai banyak kali jugak tercakap
Lama kelamaan kita sendiri pun dah aware
Tapi ada jugak hari harinya yang meletup balik
Well, bese la tu kan

Ada ketikanya saya akan cakap JA aje, NGAN tak keluar sebab baru sedar
Ada jugak ketikanya saya nak ckp Jangan dari sudut positif seperti 'Jangan takut, semua OK'

Aura negatif tu dah terasa kurang
Sampai sekarang saya akan cuba utk tidak cakap Jangan
Dan ade jugak rasa lepasni nk cuba Projek Tanpa 'TAK BOLEH'
Dan mungkin juga Projek Tanpa 'NO'

Berakit-rakit dahulu,
Berenang-renang ketepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian!

Jangan tunggu lagi
Cubalah!

:)

Love,

Salwa


****************************

Anda juga mungkin meminati -

VITAMIN UTK ANAK KURANG SELERA MAKAN
BACK2SCHOOL SALE



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

4 comments:

  1. Thanks Kak Wa for the tips !! Suka !

    ReplyDelete
  2. nk cuba jugak nie..gud sharing..penuh tabung anak dara kat umh nie jawabnye.. :-)

    ReplyDelete
  3. cuba jangan tak cuba kak fazi
    sy dh bayo dh utang anak2 sy..heheheh

    ReplyDelete