WAHM M10W4: Nilai sepasang kasut

Assalamualaikum wbt


Beberapa minggu yang lalu, TV al-Hijrah telah menayangkan satu filem yang bagi saya sangat jarang untuk kita dapati kualiti dan mutu penceritaannya

Pernah dengar tentang filem CHILDREN OF HEAVEN?

Saya pertama kali  menonton cerita ini sewaktu masih belajar.
Apa yang menariknya filem ini?
Keseluruhan jalan ceritanya adalah tentang SEPASANG KASUT


Mengalir air mata saya pertama kali menonton cerita ini.
Kasut yang pada mata ramai orang adalah aksesori yang dipakai dan dibuang atau diganti sesuka hati punya maksud lebih mendalam dan penuh bermakna pada orang yg sangat memerlukannya



Dan sekarang, cuti sekolah sudah bermula
Pasaraya sekitar rumah kita pun mula memasang poster 'Back to School' merata-rata

Bagi yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, bulan ini budget kena lah diselarikan dengan keperluan anak yang akan masuk sekolah semula seisi tahun 2014

Mungkin ramai punya kisah peribadi tentang persiapan waktu kecil dahulu
Saya juga ada kisah untuk dikongsi
Kisah sepasang kasut saya


Kalau dulu sewaktu musim cuti, kanak-kanak lain sibuk berseronok atau main game atau bercuti dengan keluarga, kami lain ceritanya

Masa cuti kami diisi dengan kerja yang lebih banyak.
Kami adik beradik akan membantu abah meniaga di pasar tani.
Kami juga akan turun ke bendang, menanam padi. Kadang kami kekebun, memegang parang panjang seusia 8 tahun untuk menebas pokok dan lalang yang meninggi.
Kami juga akan ke kebun kelapa sawit dengan guni gula dan guni beras untuk mengutip lebihan biji kelapa sawit yang luruh di tanah utk dikumpulkan

Saya masih ingat
Usia saya baru menginjak 6 tahun ketika saya mengheret guni gula bersama abang dan kakak saya.
Dari pagi hingga ke tengahari, baru dapat satu guni berisi.
Upahnya?
50sen!

Itulah nilai wang yang kami kumpul saban cuti sekolah.
Dengan wang yang seadanya, kami akan menaiki bas ke bandar Teluk Intan.
Kami akan membeli barang keperluan sekolah tanpa perlu bebankan emak abah.

Kadang-kadang ada juga masanya kami dibawa keluarga tapi susah untuk kami meminta-minta.
Sebolehnya, semua keperluan kami akan bayar sendiri

Saya seperti kanak-kanak lain sangat mengidamkan kasut Bata atau Pallas atau yang berlampu-lampu bila dipakai. Harga sepasang menghampiri RM30 adalah terlalu mahal buat kami.

Dan saya kekal dengan kasut bernilai RM10 dan kebawah setiap tahun.
Hinggalah saya mencapai usia 15 tahun!
Wang yang saya kumpul membolehkan saya membeli kasut yang saya idamkan.
Begitu rapi saya jaga seolah menjaga emas sebelanga

Itulah kisah kasut saya
Dan mungkin kerana saya mengingati kisah kasut ini, sehingga kini seingat saya kasut paling mahal saya pernah milik adalah bernilai seratus lebih sahaja
itupun sebab nak buat hantaran waktu kahwin harituh.

Kebiasaanya saya lebih selesa ber'crocs tipu' sepanjang masa
Murah, mudah dan sedap dipakai


























Apa juga pilihan kasut anda,
yang penting kemana hala kasut tersebut dibawa
Jika ke tempat mulia, baiklah jadinya,
Jika ke tempat nestapa, mungkarlah pengakhirannya

Semoga kasut anda jadi medium ibadah!

Love,

Salwa


*****************************
Sajak SEPATUKU oleh suami saya yang pernah disiarkan dalam ruangan akhbar Mingguan Malaysia pada 2 November 2008


Sepatuku
Di rak kasut,
sepasang sepatu perang,
yang kubeli di Manchester,
cuti musim sejuk di Moscow.
Dari Murmansk, Kutub Utara,
melewati benua Eropah,
hingga ke Tanah Arab,
sepanjang jalan komunis,
terus ke lorong perestroika di Rusia,
kembali di bumi bertuah Malaysia,
antara sawah bendang Teluk Intan,
dan sub-urban bandar Seremban,
sepatuku sudah jauh berjalan.
Benarkah kata orang,
jauh berjalan, luas pengalaman?
apakah yang kukutip sepanjang jalan?
tumit sepatuku sudah haus,
hanya terkumpul habuk dan debu.
Dan apa pula dikumpul aku,
sepanjang perjalanan lalu?
Seremban, NS
Khairil Idham Ismail
Jumaat, Oktober 17, 2008
-published in Mingguan Malaysia Nov 2nd, 2008




Iklan untuk peluang infak
Semoga dapat berbakti kepada yang memerlukan!



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. sangat tersentuh dgn pengalaman ni. Sesusah2 kita... ada lagi org yg lagi susah. Sesenang kita, ada org yg lagi senang. Pengajaran utk saya.. tkasih.

    ReplyDelete
  2. Yang penting kita bersyukur dan sentiasa berusaha utk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya..

    thanks too sis! :)

    ReplyDelete