Cara membuat wasiat yang mudah dan murah

Assalamualaikum warahmatullah

Semalam saya sempat ke Dayabumi berjumpa seorang kenalan lama yang ingin mendaftar wasiat dengan Amanah Raya Berhad.

Saya meluangkan masa lebih sejam untuk memberi penerangan tentang wasiat, kepentingan wasiat, akibat tidak membuat wasiat dan cara membuat wasiat dengan mudah. Kebiasannya seisi akan jadi sedikit panjang dan menjangkau lebih 1 jam kerana soalan dari pelanggan. Selaku ejen, kita mesti memberi kefahaman yang sempurna dan menjawap sebaik mungkin segala persoalan mereka.

Barulah jadi ejen yang baik, betul tak?

:)

Hari ini saya nak kongsi dengan anda, bagaimana cara membuat dan mendaftar wasiat dengan Amanah Raya Berhad (ARB). Ramai yang merasakan urusan dan prosesnya adalah rumit.

Tak lah!

Ianya ringkas dan murah dan mampu dilaksanakan kebanyakan orang.

Disini saya akan nyatakan satu persatu proses untuk mendaftar wasiat anda:


  1. Luangkan sedikit masa untuk belajar tentang wasiat
  2. Cari ejen daftar wasiat ARB (ehem ehem, saya adalah ejen daftar wasiat ARB)
  3. Dapatkan maklumat lanjut tentang wasiat
  4. Isi borang daftar wasiat (borang kuning). Borang ini tak boleh download. Ejen akan sediakan
  5. Buat pembayaran sebanyak RM350 untuk seumur hidup. (murah nya!!!)
  6. Ejen akan lakukan proses pendaftaran
  7. Anda akan mendapat kad wasiat dari ARB dan borang wasiat lengkap
  8. Isi borang wasiat lengkap mengikut apa yang anda mahukan
  9. Hantar ke ARB
  10. Siap!



Senang aje kan.

Tahukah anda, 95% rakyat Malaysia tidak memiliki wasiat dan harta mereka dibekukan selepas berlakunya kematian.
Kadangkala proses mengagihkan harta tanpa wasiat memakan masa selama 2 hingga 12 tahun!
Mahukah anda melihat ahli keluarga dan waris anda hidup dalam kesusahan kerana kesilapan anda?
Jadi, kenapa anda masih bertangguh lagi?






Buatlah wasiat segera.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Kami juga bersedia menganjurkan seminar tentang sistem warisan dan wasiat didalam Islam di pejabat, surau, sekolah dan tempat awam yang lain.

Hubungi kami di talian 019-555 8027 atau email ke salwamohdsaleh@gmail.com

Salam hormat,

Salwa



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Sy berminat nk buat wasiat. Ada cntct no tak. Ni email sy rohana.athmad@gmail.com

    ReplyDelete