Diary WAHM M3W2: Supplement sebagai ikhtiar

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin mengajak anda menyelami satu hadis Rasulullah tentang konsep tawakal.


Rasulullah pernah menegur seorang Badwi yang hanya berserah tanpa usaha. Ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik:


"Suatu ketika seorang laki-laki datang berjumpa Rasulullah sambil meninggalkan unta tunggangannya seraya berkata, 'Aku lepaskan untaku dan aku bertawakal'.


Maka Rasulullah menjawab, 'Ikatlah untamu dan bertawakallah kamu"



Maka dalam hadis ini, intipatinya cukup jelas. Tawakal tidak menyebabkan kita bersenang lenang tanpa usaha dan mengharapkan rezeki semata-mata. Tawakal mesti diletakkan seiring dengan usaha dan perbuatan yang telah dijalankan dengan bersungguh-sungguh.


Dalam konteks saya selaku pengedar Shaklee yang menjual supplement, konsep tawakal ini teramat penting. Supplement adalah suatu ikhtiar yang dilakukan setiap kita sebelum kita bertawakal kepada Allah. Ikhtiar itu antara faktor utama, kemudian barulah bertawakal.








Justeru, kita perlu memahami bahawa supplement adalah makanan tambahan yang diambil untuk mencukupkan keperluan nutrisi didalam tubuh agar tubuh kita mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan. Ini mendorong tubuh badan untuk menjadi lebih bertenaga dan cergas disamping membekalkan kebaikan mineral lain. Supplement bukanlag pengganti makanan yang harus kita ambil sepanjang hari.


Adalah juga salah jika anda sebagai pelanggan, tidak mahu berusaha dan hanya mengambil supplement semata-mata, kemudian bertawakal dan mengharapkan hasil yang penuh keajaiban



Sebagai contoh, set Super Duper Milk Booster tidaklah membawa erti apa-apa untuk seorang ibu yang menyusukan jika si ibu tidak mahu mengambil air yang mencukupi, tidak mahu memerah susu mengikut masa, tidak mengambil makanan yang sepatutnya dan tidak berusaha memberikan susu mengikut keperluan si anak!


Supplement ini adalah untuk mereka yang sudah berusaha dengan kesemua usaha diatas, namun belum mempunyai rezeki untuk mengeluarkan susu yang mencukupi, dan berikhtiar dengan cara mengambil supplement disamping meneruskan usaha sedia ada.






Jelas?


Sama juga dengan set menguruskan badan dan set kesuburan. Bukanlah menelan supplement semata-mata menjadikan anda kurus dan subur. Anda haruslah bersenam, beraktiviti, melakukan riadah ringkas dan menjaga pemakanan supaya lebih sihat.





Makanya, kita koreksi diri


Supplement ini adalah langkah kita berikhtiar dengan usaha yang lain juga.

Hasilnya, serahkan pada Allah kerana Allah lebih mengetahui.
Mungkin bukan hari ini, tapi esok
Mungkin bukan sekarang, tapi dimasa hadapan
Rezeki ada dimana-mana
Sihatkan diri anda dengan ikhtiar dan doa!

Jika anda berminat untuk mendapatkan nasihat dan produk Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019-5558027 atau email ke salwamohdsaleh@gmail.com



Love,


Salwa



****************************************

Ingin mendapatkan harga ahli? Semestinya!
Pelarasa harga dari Shaklee telah menetapkan harga ahli hanya utk ahli berdaftar sahaja

Terdapat pelbagai kelebihan menjadi Ahli Shaklee

Jangan tunggu lagi, mendaftarlah dengan segera kerana yuran SEUMUR HIDUP hanya sebanyak RM65 (tambahan RM10 utk kos pengeposan kit ahli ke semenanjung Malaysia dan RM20 utk pengeposan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan)


Klik sini utk mendaftar pada hari ini: JOIN SHAKLEE 


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment