Diary WAHM M2W3: New Generation of Housewife


Assalamualaikum

Semalam saya diziarahi oleh seorang kenalan lama. Kakak yang begitu lembut orangnya dan datang nun dari Putra Heights. Kak S saya kenal sejak tahun 2007 sewaktu saya mengikuti program di PJ. Senyumannya memang manis.

Agak lama saya tak berjumpa dengan Kak S. Sejak saya mengandungkan Imran sehinggalah baru-baru ini saya bertemu lagi Kak S juga disebuah program.

Sembang-sembang pagi kami lebih berkisar tentang isu Palestin kerana Kak S adalah aktivis dari Aqsa Syarif yang juga pernah menyertai misi ke Gaza. Pengalamannya dalam isu ini luas jadi banyaklah ilmu yang boleh saya dapat dari Kak S.

Kami bercerita tentang zaman bujang; rupanya Kak S juga pernah menghuni rumah sewa yang sama dengan saya di Bangsar dan sama-sama Alumni Kolej Islam! Itulah kemanisan ukhuwwah. Makin dikorek makin banyak pula persamaan.

Dalam kesibukan waktunya, Kak S adalah surirumah. Berniaga frozen food buatan sendiri secara kecil kecilan di masjid dan dikalangan kawan. Kak S bercerita:

"Pernah satu hari, imam masjid tanya akak belajar apa. Terkejut Imam bila tahu akak ada Master. Katanya sungguh asing nak lihat orang ada Master sanggup jual kuih. Waktu tu akak down jugak. Tapi bila dipujuk, katanya bagus juga. Sekurang-kurangnya akak jalankan Fardhu Kifayah untuk umat islam. Bukan senang nk jumpe orang Muslim yang boleh jual Yong Tau Fu halal"

Saya angguk-angguk.

Sekarang adalah zaman kembali kepada zaman nenek moyang kita dahulu. Perempuan duduknya dirumah. Ibulah sekolah pertama kepada anak-anaknya.

Bezanya, yang duduk dirumah sekarang bukanlah insan yang calang-calang pendidikannya. Jiran sebelah rumah saya seorang suri rumah yang juga mempunyai Master tapi memilih menjaga anak-anaknya sendiri.Jiran depan rumah pun seorang suri rumah.

Inilah new generation of housewife!

Tengok apa Ustaz Don kata...





Hehehehe

Tak ada kurangnya kami. Cuma kami memilih untuk berada di jalan ini. Saya rasa ramai juga yang dah sedar tentang ini. Dulu kalau dikaunter, bila cakap suri rumah, mungkin layanan nya ala kadar. Tapi sekarang kalau yang datang pun speaking London, terkebil-kebil juga orang kaunter nak menjawabnya

Apapun tugas kita, laksanakan dengan betul dan sehabis baik. Tak kisahlah glamour atau tidak tugas itu, yang penting kita happy dan Allah tahu! :)

In sya Allah balasannya setimpal


Love,

Salwa



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Anonymous5:51:00 PM

    Can't agree more wif yah ; )
    Take care uwa!

    Love!!zeren

    ReplyDelete