Diary WAHM W1D5: Terkejar-kejar!

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Harapnya sihat dan berada di bawah lindungan Allah sentiasa. Sebenarnya saya berhajat nak update blog ini semalam namun sekali lagi, rancangan Allah adalah yang paling mutlak. Sejak malam Ahad, saya muntah dan cirit birit dengan teruk sekali. Pagi Isnin badan dah jadi macam sayur kangkung masak belacan. Ditakdirkan Allah, adik saya masih tiada kelas maka dialah yang ambil alih tugasan menghantar, mengambil anak-anak saya, memasak, mengemas dan sebagainya. Terima kasih oh adikku. Jasamu dikenang.

Semalam yang sedikit menceriakan hari apabila muka Imran masuk di page FB CIC. Sempena sambutan Maulidurrasul. Comel aje rasanya. Comel tak?






Juga ade tempahan muffin dari cikgu nursery I'jaaz iaitu Cikgu Eyka. Terima kasih yer. Sesiapa yang berminat nak rasa dan tempah Banana Choc Chips Muffins yang macam Cikgu Eyka tempah kat gambar sebelah ni, boleh la contact saya ye.


Hari ini, perut dah OK sikit, maka saya pun bersiap dari pagi. Macam nak pergi kerja juga lah kiranya. Selesai hantar Imran dan I'jaaz ke sekolah dan nursery, saya singgah di Pasar Mini untuk membeli bahan mentah nak masak tenghari dan malam nanti. Selepas tu, sampai dirumah, tengok jiran sebelah dan jiran depan ada, maka bergebang lah kami selama 15 minit meng'update' kisah masing-masing. Masuk sahaja ke rumah, terkejut saya.

Haa, dah pukul 9????

Cepat betul masa berlalu. Kononnya pukul 10 saya dah nak gerak ke Persiaran Diplomatik untuk hantar basikal untuk dibaiki. Cerita basikal tu nanti akan menyusul in sya Allah. Lepas tu nak ke Mydin membeli barang-barang cucian dan mandian. Wah, sempat ke ni?

Saya pun cepat-cepat membuka Power Point dan merumuskan secara ringkas dalam rajah tentang kelebihan Omega Guard dari Shaklee. Rajah tu berguna untuk panduan sesiapa yang sibuk dan tak sempat nak baca entri keseluruhan.

Siap sahaja rajah tu, saya bergegas pula menulis entri tentang kelebihan dan khasiat Omega Guard Shaklee. Kalau nak baca, boleh baca di sini Best sangat ke Omega Guard? Penting juga ni, buat orang tahu yang omega ni banyak khasiatnya.

Tengok jam dah pukul 10? Ma sya Allah. Memang la waktu di akhir zaman ni sangat pantas.

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w ertinya "Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejumaat,sejumaat seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam terasa hanya sekejap"


Selepas sunat Dhuha dan membuat order untuk hari ini, saya kunci rumah dan ke kereta.

"Alamak, nasi belum masak!!!"

Bukak balik pintu rumah. Lari ke dapur. Masak nasi. Keluar rumah balik.
Isyk isyk isyk


Kedai basikal di Persiaran Diplomatik is way too high class. Basikal di reject. Saya ke Mydin. Siap beli barang jam dh 11.40. Imran kene ambil sebelum 12.30. Sempat lagi ni nak ke Sg Chua, Kajang untuk cuba nasib baikkan basikal di sana. Tokey basikal yang baik. Saya hantar dan janji petang akan ambil balik.

Isi minyak, ambil Imran, ambil I'jaaz.
Pukul 1 sampai rumah, masak lunch.Makan.
Waktu tulis entri ini, baru pukul 3. Masih panjang hari dengan jadual penuh terisi!


Jadi kawan-kawan, teori lagi busy duduk dirumah ade logiknya

Sekian

Salwa

**************************
Kami juga available di Facebook. Like kami di sini Salwasalehdotcom


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment