Kepentingan membuat wasiat

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin bercerita tentang harta.
Ramai orang bekerja keras kerana ingin mengumpulkan harta.
Tak kurang juga yang sanggup berpecah belah hanya kerana harta.
Ada yang melabur sini sana tanpa usul periksa, semua kerana ingin menggandakan harta
Cuma,
Selepas kita mati, dimana letaknya harta kita?

Hanya orang yang bijak tahu cara yang betul

Jawapannya:Buatlah wasiat!



Wasiat adalah satu dokumen yang mempunyai kuat kuasa undang-undang yang menentukan cara pengagihan harta selepas seseorang itu meninggal dunia.

Dengan adanya wasiat, anda dapat tentukan siapa yang layak menerima harta anda dengan cara yang betul (mengikut Hukum Faraid) dan harta anda dapat diagihkan dengan efisien tanpa melibatkan salah laku dan kezaliman kepada individu yang layak menerima harta anda (waris)

Apabila anda mendaftar wasiat dengan Amanah Raya Berhad, wasiat anda akan didokumentasi dengan teliti dan terperinci dan dilaksanakan berdasarkan hukum.

Anda juga dapat meng'infak'kan/sedekah sebahagian harta anda dengan berwasiat. Melalui cara ini, anda dapat bersedakah sehingga 1/3 dari bahagian harta kepada bukan waris sebagai bekalan pahala di alam sana.

Apa lagi kepentingan dan faedah membuat wasiat?

Didalam wasiat, anda boleh menasihatkan atau memberikan amanat terakhir yang mungkin tidak dapat disampaikan ketika anda masih hidup.Sebagai contoh, menasihati anak dan saudara untuk berkelakuan baik dan tidak bergaduh. Semua itu boleh ditulis didalam wasiat peribadi anda.

Dan yang paling penting, wasiat membolehkan pengurusan hutang dilakukan.

Anda mungkin berhutang dengan individu/bank atau sesiapa sahaja. Hutang ini boleh dilangsaikan apabila anda menulis tentangnya di dalam wasiat. Hutang dengan Allah seperti ibadah haji, nazar dan sebagainya juga akan dilangsaikan jika anda membuat wasiat bersama Amanah Raya Berhad.

Jadilah orang yang bijak.
Hanya dengan RM350 seumur hidup, anda dapat memastikan harta anda berada ditangan mereka yang sepatutnya. Anda dan keluarga anda juga dapat merasai kepentingan dan faedah membuat wasiat.

Pejamkanlah mata kita dengan tenang
Dengan wasiat, urusan harta menjadi senang

Hubungi kami sekarang!

:)

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

8 comments:

  1. Anonymous9:40:00 AM

    1. Lepas meninggal, harta yg ada...:
    i. urus jenazah
    ii. byr hutang
    iii.pembahagian secara faraid
    iv. penunaian wasiat.

    betul ke turutan tu?

    ReplyDelete
  2. Ade yang betul dan ade yang tak. tahniah kerana bertanya.

    Urutan yang betul adalah:

    1) Kos pengurusan jenazah
    2) Hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia
    3) Pembahagian harta sepencarian
    4) Penunaian wasiat 1/3 kepada bukan waris
    5) Pembahagian selebihnya mengikut Hukum faraid

    berminat utk berwasiat? boleh hubungi kami :)

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:44:00 AM

    oredi got one with Amanah Raya.

    But need to understand better, preferably in numerical examples, please?

    ReplyDelete
  4. Sebagai contoh:

    A meninggal dunia dan hartanya bernilai RM100,00

    1) Tolak kos pengebumian RM2000. Baki RM98,000
    2) Tolak hutang dengan Allah & Manusia RM8000. Baki RM90000
    3) Tolak harta sepencarian (maksimum 50%) RM45000. Baki RM45000
    4) A berwasiat 1/3 yang tinggal disedekahkan ke surau. RM15000. Baki RM30000
    5) RM30000 ini akan diagihkan mengikut hukum Faraid.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:06:00 AM

    # 4, 1/3.

    1/3 ni adakah ditetapkan syara'? Atau boleh wasiat yg apa2 nilai saja?

    ReplyDelete
  6. jawapan:

    1/3 adalah kadar maksimum yang ditetapkan syarak utk diwasiatkan kepada bukan waris.

    :)

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:05:00 AM

    jazakillah khairan kathiran

    ReplyDelete
  8. Wasiat penting bagi orang Islam untuk mengelakkan pergaduhan. Lebih-lebih lagi, anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka tanpa wasiat. Lebih baik tulislah wasiat untuk melindungi orang tersayang.

    http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/apakah-wasiat

    ReplyDelete