Semoga Bahagia Sayang!

Assalamualaikum wbt

Entri ini asalnya ditulis bermula tanggal 21 Mac, disambung semula tanggal 4 April. Jangan terkeliru tika membacanya.
___________________________________________________________

Hari ni 21 Mac 2008 bersamaan 13 Rabiul’Awal. Sehari selepas sambutan kelahiran Baginda junjungan. Tidak ramai yang tahu kalau pada tanggal yang sama juga, Rasul kecintaan umat ini dijemput menghadapNya setelah 63 tahun usia dibumi Allah.

Hari ini saya bercuti. Penat dan lelah setelah hampir seminggu bekerja tanpa henti.Hari ini biarlah mahu sendiri dirumah.Kadang-kadang sepi membawa bahagia walaupun kebiasaanya sepi adalah satu derita. Hmmm, aneh benar perkataan yang dipanggil emosi ini.

Mungkin pembaca tertanya, kenapa cik uwa sentimental bunyinya hari ni? Kebiasaan kalau menulis (dibaca: menaip) ceria sokmo. Terbayang seolah2 cik uwa didepan mata memberi khutbah.tapi kenapa kali ni lain benar entrinya?

Mungkin faktor sepi dan sunyi, juga cuaca yang tak berapa nk terang waktu ini memainkan peranan kecil. Besarnya adalah, keadaan sewaktu menulis entri ini agak berbeza. Rindu, haru, sayu, harapan, perasaan. Semuanya bersatu jadi satu.

Tanggal ini, genap 100 hari pemergian buah hati kesayangan kami satu famili, Allahyarham Muhammad Hariz Haiqal yang kembali kepangkuan Ilahi tanggal 11 Disember 2007 yang lalu ketika genap 6 tahun, 3 hari dan 18 jam usianya. Arwah menghembuskan nafas terakhir dirumah kami di Teluk Intan jam 10.40 pagi dengan tenang, setelah bertahun-tahun menderita leukemia.

Saya jadi kurang pasti, apakah bentuk entri yang bakal ditulis kali ini.Tak tergambarkan perasaan yang ada waktu ini, hingga saya sendiri tidak tahu dimana harus saya bermula.Yang pasti,saya menyimpan hajat besar, ingin menulis satu buku khas utk arwah (harap pembaca dapat mengaminkan). Buku yang membawa ingatan kami terhadap Mutiara Hati yang tiada tandingan. Buku yang bukan untuk dipublishkan, tapi sekadar teman tatkala hati begitu rindu pada arwah.

Namun, saya agak pasti, masa tidak mengizinkan ketika ini. Jadi, cukuplah sekadar satu entri khas sebagai permulaan dalam mengimbau kenangan selama pernah mengasihi seorang anak kecil yang berjiwa besar bernama Muhammad Hariz Haiqal atau mesra menggelarkan diri dengan nama Ayish.

Buat Ayish di alam sana,
Khas buatmu sayang,
Secebis rasa belahan jiwa,
Rindu tak terhingga buatmu
Moga kita nanti bakal bertemu di bawah payung Redha-Nya
Doakan kami agar bisa bertemu di sana!


KELAHIRAN
Makde masih ingat ketika itu Makde sedang cuti panjang setelah selesai menduduki peperiksaan SPM. Dirumah, hanya ada Atok, Opah, Mama, Makde dan Acu.Tanggal 7 Disember 2001, Ayish dilahirkan di Hospital Besar Ipoh.Makde tumpang gembira. Akhirnya hajat Atok mahu memiliki cucu lelaki, tercapai. Atok memang sudah lama menunggu kehadiran Ayish. Waktu itu, Ayish jadi cucu kedua, selepas Kak Long Najwa.

Esoknya Ayish dibawa pulang ke Teluk Intan. Cerita Opah, Ayish sejak umur sehari sudah mengikut Atok. Dipasang air-cond dalam kereta, Ayish bersin tak henti-henti. Macam Atok! Bila ditutup air-condnya, diturunkan tingkap, barulah bersin Ayish reda. Petang itu, waktu Ayish tiba dirumah, Makde sambut Ayish dalam pangkuan.Masih merah seluruh badan Ayish.masih lembut tapi Makde tak kekok memegang Ayish bukan?

Sejak itu Makde ikut menjaga Ayish. Di cium tak henti-henti.dicubit.Dipeluk.Didukung. Hingga Ayish besar sedikit, Makde tak kekok lagi menjaga Ayish. Walaupun tidak dinafikan, Atam lagi ’terer’ menjaga Ayish kalau dibandingkan dengan Makde, tapi Makde tak kesah.Atam balik sekali sekala dari asrama, jadi masih Makde jugak yang rapat dengan Ayish waktu itu,kan?

Hujung Februari, Makde dapat keputusan.Alhamdulillah, puji buatNya. Sehari selepas keputusan, terus Makde ke Cameron Highland untuk beberapa hari menjadi wakil Malaysia ketika itu, atas satu program jalinan persahabatan dengan negara jiran, Brunei. Kerana Makde tidak sempat menguruskan sebarang permohonan, Opah dan yang lainnya sibuk meneliti surat khabar mencari keratan biasiswa.Salah satunya, biasiswa PETRONAS.



Si tembam Ayish sewaktu Makde belum berangkat ke Nz. Sangat comel dalam usia 4-5 bulan.

Makde tahu, tandatangan Makde tidak pernah dapat ditiru kerana begitu pelik. Dan kerana itulah, Opah, memandu sehingga ke Cameron, bersama Onyang, Mama dan Ayish, semata-mata untuk mendapatkan tandatangan Makde bagi borang permohonan biasiswa PETRONAS. Makde haru.Usaha Opah tidak sia-sia, kerana Mei itu, surat tawaran Makde terima.

Sewaktu menguruskan beberapa hal tentang biasiswa, Makde sering ulang alik ke Kuala Lumpur. Ketika itu jugalah, sesuatu yang merunsingkan berlaku.Ayish tak henti-henti menangis.Siang dan malam.Habis satu rumah ikut bersedih. Kenapa Ayish tak henti menangis? Banyak teori muncul terutamanya tentang gangguan makhlus halus.Pelbagai cara dibuat, masih Ayish terus menangis. Rawatan baik di hospital, klinik bahkan yang tradisional juga dicuba,semuanya gagal.Ayish masih dengan tangisan. Kami keliru ketika itu.


TERJAWAB

10 Julai 2002. Satu keluarga dan sanak saudara berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi mengucapkan selamat jalan buat Makde. Alhamdulillah, Makde dipilih menerima biasiswa melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Makde masih muda ketika itu, tidak menjangkau 18 tahun dan mengikut undang-undang disana, Makde tidak dibenarkan tinggal di kampus dan harus dibawah jagaan keluarga angkat.



Ayish di KLIA, menghantar makde

Alhamdulillah, keluarga angkat Makde, walaupun berasal dari India, namun agama kami masih sama, ISLAM yang syumul.Sering Makde bercerita kepada keluarga angkat tentang keluarga di Malaysia yang dirindui.

Kerap juga Makde menghubungi keluarga di Malaysia.Berbual di telefon terutamanya dengan Opah.Berkongsi cerita suka duka dibumi asing.Sering Makde bertanya kepada Opah tentang ahli keluarga dan semestinya tentang Ayish tersayang. Namun, sejak beberapa minggu itu, setiap kali nama Ayish dibangkitkan, Opah akan mengalih topik perbualan. Opah juga lebih banyak bercerita tentang Kak Long Jua, dan Zira yang baru lahir seminggu sebelum Makde berangkat ke New Zealand. Masih ketika itu Makde tidak meragui apa-apa.

Hinggalah bulan September kalau tidak silap Makde. Rakan-rakan ramai yang sudah membeli tiket untuk pulang berhari raya di tanahair. Makde tidak terfikir mahu pulang kerana terlalu awal tapi ajakan rakan-rakan buat Makde goyah seketika. Masakan mahu berhari raya seorang di bumi asing, sedang semua rakan mahu pulang? Berbelah bahagi rasanya.

Opah Makde hubungi. Melepas rindu. Hingga detik, Ayish dan Mama, Makde tanyekan kembali. Kali ini Opah diamnya agak lama.

”Kak mi dah Ok dah sekarang. Tkde apa. Tapi kamu tayah la cakap lagi dengan dia ya? Bagi die tenang dulu.“

“Eyh, kenapa pulak dengan kakmi mak?“


Berderau darah Makde ketika itu. Muncul pelbagai andaian.

“Kamu tenang aje yer. Semua dah under-control. Orang kat sini pun semua dah OK. Kamu jangan fikir apa-apa.Tumpukan pada pelajaran aje. Doakan kami disini sehat dan baik-baik aja“

“Mak...kenapa ni mak?“


Opah diam lama sebelum perbualan disambung dengan suara yang sudah berubah;

“Lepas kamu terbang hari tu, Ayish masih macam dulu. Lepas tu kami buat ujian darah. Barulah dapat tahu punca sebenar. Doktor sahkan, Ayish ada LEUKIMIA”
Kelu. Terdiam panjang Makde mendengar ayat terakhir Opah. Ada titis hangat mengalir di pipi. Ayish yang Makde sayang, ditimang manja, dibelai, dicium lebih 6 bulan, menghidap leukimia?

“Bukan kami tak mahu beritahu kamu, tapi takut kamu terganggu. Kamu baru aje pergi waktu tu. Nanti kamu susah hati. Mak larang sesiapa pun cakap pasal Hariz dengan kamu.Semua orang mak dah warning.Itu sebabnya mak setiap kali kamu tanya pasal Ayish, mak akan diam. Macam mana mak nak cakap, kalau mak sendiri tengah menangis waktu tu? Kak mi hampir jadi gila, mujur kami banyak menyokong. Ayish kat HKL sekarang.”

Makde tk ingat apa lagi yang Opah cakap. Yang pasti, tersiat benar hati Makde mendengar berita itu yang sudah lewat Makde ketahui.Dirahsiakan dari pengetahuan Makde. Makde faham, semua orang tak mahu Makde susah hati.

Esoknya, selepas kelas, terus Makde mencari tiket pulang dan terus dibeli tunai. Apa juga yang jadi, Makde mahu pulang lebaran ini. Mahu melihat wajah Ayish. Mahu mendakap Ayish.


TEMPOH 5 TAHUN YANG PANJANG
Kulit Ayish yang putih gebu bertukar jadi gelap. Dari badan yang tembam dan mampu meng’geramkan’ sesiapa yang memandang, bertukar jadi kurus selepas seisi demi seisi kimoterapi Ayish jalani. Ditebuk sana sini, dipasang CVL berkali-kali. Yang pertama dijangkiti kuman, yang kedua bagi menggantikan Chemo Tiub disebabkan HKL belum menyediakan pekhidmatan tersebut. Badan yang gebu terus jadi kurus.


Salah satu gambar Ayish ketika raya.

Lebih dua tahun Ayish beralamatkan wad padeatrik Hospital Kuala Lumpur. Mama berhenti kerja, menjaga Ayish sepenuhnya di wad. Opah, Atok, Pak Long, Mak Long, Pak Lang, Ateh, Atam, Acu, Onyang dan saudara mara yang lain tak putus-putus berkunjung.Memberikan semangat, bantuan, berkongsi rasa sedih dan simpati. Hanya Makde yang masih mendengar khabar lewat perbualan telefon dengan Mama atau Opah. Jarak kita terlalu jauh.

Keadaan Ayish turun dan naik. Sekejap seolah sehat benar, sekejap lagi seolah bakal pergi bila-bila masa. Begitu juga perasaan kami sekeluarga. Pasang dan surut menjadi teman kami sepanjang tempoh itu. Satu persatu rakan Ayish di wad meninggal dunia. Tidak tergambar bagaimana perasaan Mama yang saban hari melihat ibu-ibu yang lain menangisi pemergian anak mereka.

Setelah Ayish jalani level 4, tinggal stage terakhir. Hidup dan mati. Sungguh, ramai yang tidak mampu sampai ke tahap ini, tapi menurut pakar, Ayish ada semangat yang kuat dan ada seseorang yang menjadi ‘jiwa’ Ayish, OPAH. Setiap kali Opah ada, Ayish lebih bersemangat. Opah adalah nyawa kedua Ayish. Level 5 berjaya Ayish lepasi. Memang Ayish kuat orangnya. Tabah walaupun usia belum mencecah angka 3!


Kemudian, dek kerana ‘marrow’ Ayish hanya bersih dalam tempoh 7 bulan selepas sesi kimo, Ayish terpaksa di kimo sekali lg. Harapan sangat tipis.Setelah perbincangan yang mendalam, semua memutuskan untuk tidak meneruskan kimo. Ayish mahu dibawa pulang, dijaga dengan jagaan terbaik.


AYISH SEPERTI KANAK-KANAK LAIN

Ayish selepas itu ceria dan sihat. Ada juga beberapa kali dihantar Opah dan Mama gambar Ayish kepada Makde. Senyum Makde melihat telatah Ayish dihadapan kamera!



Antara gambar-gambar yang di pos kepada Makde waktu Makde masih di Auckland, Nz

Julai 2006, alhamdulillah, Makde pulang ke tanahair setelah tamat pengajian. Ayish sangat sihat. Sangat. Semua gembira. Ayish jalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa, malah lebih bijak dari yang seusia.Telatah Ayish sering jadi bahan ketawa, bukan hanya kami, tapi turut menjadi buah hati saudara mara, jiran tetangga juga sesiapa yang mengenali Ayish. Ayish memang istimewa.

Namun, dalam sehat dan bugar nya Ayish ketika itu, Ayish masih harus ke Hospital Teluk Intan selalu untuk diperiksa.Sesekali harus ke HKL untuk rujukan pakar. Itu rutin biasa.Semenjak Makde berkerja di Kuala Lumpur, beberapa kali Ayish tidur dirumah sewa Makde, mandi manda dikolam renang bawah sampai biru bibir Ayish, makan di Suria KLCC, kita ke Aquria, Sky Bridge. Petro Sains juga! Gembira ketika itu.

Ayish juga sering yang pertama di kelas. Walaupun sakit, tapi Ayish lebih bijak dari rakan sebaya. Masih kami ingat, dalam buku laporan Ayish, hanya separuh kehadiran yang ada sejak setahun Ayish masuk tadika. Kalau ada 100 hari, tidak sampai 50 hari sekolah yang Ayish hadiri .Semua kerana temujanji atau dimasukkan ke wad.Tapi Ayish masih yang pertama di kelas! Ayish kemudiannya Mama daftarkan ke sebuah sekolah kebangsaan di bandar teluk intan.


-entri terputus setakat ini-

__________________________________________________________

Entri disambung semula tarikh 4 april 2008


PERMULAAN KEPADA PENGAKHIRAN

13 oktober 2007, hari raya aidilfitri di Malaysia. Raya kali ini begitu bermakna kerana seluruh keluarga berhimpun dibawah satu bumbung. Sempurna. Ditambah kehadiran lima anak saudara, Kak Long Jua, Zira, Ayish , Suha dan Anis, makin meriah keluarga kita.

Anis, adik Ayish, sgt comel. Seperti Ayish waktu bayi dahulu. Mencecah setahun 3 bulan, anis makin tambah comel .Cuma tidak sesehat dan se’geram’ melihat Suha. Ayish sangat sayang Anis.Selalu dicium, dijaga, ditatang rapi. Siapapun tidak boleh ganggu Anis. Abangnya sangat ‘protective’.


Ayish dan Anis bergambar sewaktu jalan-jalan hari raya Oktober 2007. Ayish masih sihat ketika itu

Beberapa hari sebelum raya, perut Ayish sedikit kembung. Bisul tumbuh dimata Ayish. Pak Lang yang merawat Ayish, membersihkan luka.Besar lukanya hingga kalau dilihat seolah-olah mata Ayish ditumbuk lebam.




Ayish dan Anis di pagi hari raya pertama


Kemudian, kesihatan Ayish merosot.Sedikit demi sedikit. Ayish kembali ke wad. Hati Ayish bengkak lagi seperti dahulu. Kali ini sebesar 3-4 cm. Perut Ayish kembung kerana itu. Platlet making kurang. Kadang2 harus hingga dinihari Ayish dimasukkan darah, dan Ayish mengerang kepedihan. Opah dan Mama selalu berendam air mata melihat derita Ayish. Dan pakar mahu bertemu dengan Mama.

29 Oktober, Makde harus terbang ke Bangkok atas urusan kerja. Penerbangan dijadualkan jam 6 petang. Ketika hampir sampai di KLIA, didalam keretapi, Makde terima msg Mama. Minta dihubungi. Segera Makde hubungi Mama.

Makde bertanya khabar dan keputusan hasil perbincangan dengan pakar. Mama tak tahu bagaimana mahu terangkan tapi Mama tenang ketika itu. Makde sabar menunggu. Rupa-rupanya keadaan Ayish telah teruk. Dalam masa dua minggu, keadaan nya juga sudah berubah. Ayish yang raya tadi berlari-lari, terlantar di hospital. Ayat Mama selepas itu merentap seluruh urat saraf Makde:

“Wa, doktor dah bagitau. Die kata, paling lama tahan 3 bulan. Plg lama. Tak tau mcm mana nk bgtau yang lain especially mak. Semua tak tahu lagi. Kamu sorang aje yang tau sekarang nih. “

Astgfirullah. Makde tk dapat cakap apa-apa. Terdiam terus Makde dihadapan escalator, dengan bagasi besar Makde. 3 bulan? Plg lama? Sekejap itu?

“Kakmi, itu doktor cakap, kite boleh usaha lagi. In sya Allah, ada ikhtiar lain.tkpe, jgn sedih, sabar ok?”

Makde cuba bersikap tegas. Tapi Mama dapat dengar, kalau Makde juga bukan sekuat itu;

“Mcm mana kamu nk suruh sabar kalau kamu pun tengah menangis waktu ni?”

Akhirnya, kedua-duanya pecah dalam tangisan.

Kerja Makde 3 hari di Bangkok hampir jadi huru-hara. Setiap saat dan detik teringat, apa yg boleh dibuat utk bahagiakan Ayish. Di depan jendela kapal terbang, Makde teringat, kalau Ayish teringin benar mahu naik kapal terbang. Tidak lama, terus Makde layari MAS, mencari tiket dan destinasi sesuai utk Ayish.Azam Makde, balik dari Bangkok, Ayish terus naik kapal terbang, berapa harganya, tetap Makde bayar!

Selesai outstation, didalam train menuju ke rumah, jam 12 malam, terus Makde hubungi Opah. Opah dan semua keluarga dah tahu. Opah di Hotel, dengan Ayish, Mama dan Anis.Pak Long lebih cepat dari Makde, terus ditempah hotel satu malam di Ipoh, kerana dalam ‘senarai’ Ayish, mahu menginap dihotel juga ada bukan? Rancangan Makde utk belikan tiket kapal terbang diberitahu pada Opah.Opah setuju benar. Tapi akhirnya dibatalkan kerana kata Ayish, tiba-tiba Ayish takut nak naik kapal terbang!

Sejak itu, segala apa yang dimahukan Ayish, semuanya didapatkan.Apa juga. Pernah bagai nak mati kami mencari ‘Optimus Prime’ kerana seasonnya sudah tamat. Makde keliling i-setan, parkson, midval, semuanya, tapi tak ditemukan. Kawan Makde, boss Makde, kawan sekerja Makde, malah kawan sekerja kepada kawan Makde pun berhempas pulas mencari utk Ayish.Terharu benar Makde ketika itu.Semuanya simpati pada Ayish, si pintar yang sakit.

Alhamdulillah, akhirnya boss Makde jumpa juga si ‘Optimus Prime’ Ayish, malah dibelikan dengan pasangannya sekali. Anaknya juga memberi Ayish beberapa robot. Bukan mereka sahaja, rakan kerja Makde turut membeli apa sahaja yg ada kaitan dgn Transofrmers utk Ayish.

6 November, rancangan membawa Ayish ke Genting dibatalkan. Ayish dah tak larat benar nk berjalan namun masih berhajat utk main salji. Pak Lang, Mama, Atam dan Anis ikut ke KL, menemani Ayish. Makde selepas kerja, terus ke Mines, berjumpa Ayish disana. Perut Ayish sudah terlalu besar, hati nya telah bengkak hingga hampir 13cm! Hatta ke zoo dan ice factory pun didukung Pak Lang sepenuh masa. Sejak itu, Ayish tidak pernah senyum lagi.



Ayish dengan tanda ‘peace’ didalam bot, di Mines. Senyuman terakhir

Hati mana yang tahan, melihat Ayish yang disayangi berubah sekelip mata? Ayish tidak ceria.Kesakitan diraut wajah sepanjang masa. Ayish jd marah-marah, itu semua kami faham. Ayish panas, Ayish gelisah. Kami lebih gelisah!

10 november, Makde, Pak Lang dan keluarga Pak Long dirumah. Dipanggil balik. Kata Opah, mahu meyambut hari lahir Ayish walaupun tanggal sebenar adalah 7 Disember nanti.

“Takut tak sempat” kata Mama. Terdiam Makde ketika itu.

Kami belikan kek coklat, Makde dan Atam berhempas pulas meniup belon yang telah hilang pamnya. Petang itu, satu pekan teluk intan Makde dan Opah berpusing, mencari beg Transformers yg Ayish mintak. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya.


Ayish dan sepupunya. Zira, Kak Long Jua dan Suha

Malam tu, Atok Ngah sekeluarga dari KL juga ada. Onyang. Opah Dah sekeluarga pun ada sama. Kami semua mahu Ayish gembira. Tp, walaupun topi harijadi Ayish pakai, Ayish tetap tak senyum.

Pak Long bacakan doa selamat. Opah terlebih dahulu bergenang air mata. Tiba di ayat ini, Pak Long sebak:

“Ya Allah, kurniakan keluarga kami Rahmat dan kesihatan...”.
Terhenti Pak Long. Kami tidak kuasa lagi menahan air mata. Akhirnya, seluruh yang ada menangis mengaminkan doa.Sungguh, belum pernah seumur hidup Makde, majlis sambutan hari jadinya bertukar medan air mata!



Atok pasangkan lilin utk Ayish. Dan lepas tu Ayish tiup lilin tu!


Lewat hari-hari seterusnya, keadaan Ayish makin buruk. Ayish tk mampu lagi bertutur dengan baik. Butirannya sudah tidak jelas. Bermacam-macam ikhtiar juga dilakukan. Yg paling bersusah payah kesana kemari tentunya Pak Long dan Pak Lang. Habis serantau Malaysia mereka redah. Habis segala pakar. Semuanya dijumpa. Kita hamba, harus berusaha, tapi yang menentukan tentunya Dia yang Maha Kuasa.

24 november, hari terakhir Makde dikampung. Esoknya Makde harus ke Bangkok lagi selama 8 hari. Berat benar rasanya mahu ke Bangkok. Berat amat. Petang itu, Makde harus pulang ke KL, malas memandu, Makde naik bas. Opah dan atuk juga berat lepaskan Makde. Maka, Makde bercadang-cadang mahu ambil tiket esok hari, kemudian terus ke KLIA selepas itu, tapi takdir Allah, tiket semua sudah habis.

Mata Ayish pejam saat Makde cium dahi Ayish.

“Ayish, Makde dah nk balik ni. Ayish jaga diri yer. Nanti sembuh in sya Allah”
Ayish diam tapi Makde tahu, Ayish dengar. Makde tak pernah jangka, rupanya itu kucupan terakhir Makde untuk Ayish ketika Ayish masih hidup.

Di Bangkok, setiap hari dan ketika Makde berSMs dengan Ateh dan Atam. Kadang-kadang ber’gayut’ dengan Opah, mahu tahu perkembangan Ayish.

Apa rasanya, kalau dari cerita mereka, ini yang Makde dengarkan?

“Ari tuh kawan mak kamu ada datang.semua la, ramai-ramai. Sekali tu, Ayish panggil abah, Ayish cakap, “Atok, baca la yaasin utk Ayish. Ayish dah tak tahan ni”. Semua kawan mak kamu menangis waktu tu.” – Atok

“Die tanye mak, “ kalau Tuhan baik, kenapa Tuhan bagi Ayish sakit tapi tak sembuhkan? Dah lama Ayish sakit tau. Tapi Tuhan tetap tak sembuhkan. Opah kata Tuhan baik...” mak terdiam wa. Tak tahu nk cakap ape.lama lepas tu, baru mak jawap “ tuhan sayang Ayish, sebab tu dia nak Ayish kuat dan sabar bila sakit mcm ni.” –Opah

“Ayish tanye, “ Mama, kalau Ayish mati, Ayish dapat jumpe Mama dengan anis tak” . Mama jawap “ dapat”. “Oh, kalau mcm tu, tkpe la kalau Ayish mati. Nanti dapat jumpe Mama dengan anis hari-hari jugak kan?” – Mama

“Nanti, Mama dengan anis jaga diri kalau Ayish mati. Ayish tk dapat jaga Mama dengan anis dah. Tkpe, nanti kite jumpe kat sana (syurga) “ – Ayish

Luluh rasa. Jiwa. Seolah hilang segalanya. Boss Makde sangat memahami, hingga beri pelepasan kalau Makde mahu pulang ke Malaysia. Bila-bila masa sahaja. Tapi Opah melarang. Keadaan Ayish mmg turun dan naik. Kerja Makde harus selesaikan.

Lepas Makde balik, Makde tanye Opah, Ayish macam mana? Masih turun naik keadaanya. Kesilapan besar Makde waktu ini, tidak terus pulang ke kampung. Cadang Makde hujung minggu baru mahu pulang, mahu ambil cuti hari Jumaat, terus sampai Ahad akan ada di kampung.

8 Disember, 3 hari sebelum waktu itu datang, Ayish di ward pagi itu sebelum pulang petangnya. Kata Mama, Ayish tk henti-henti pasang lagu Mutiara Hati dari laptop Atam. Memang semua anak sedara gilakan mutiara hari waktu tu. Dengan aura ‘nabila’ itulah lagu plg popular di rumah.Bila ditanya kenapa Ayish tk henti pasang, Ayish diam.

Kurindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkan ku
Masih lekat dihati ini
Kau bilangku Mutiara Hati

Hakikatnya, hanya kami, dan kami semua faham dan mengerti. Kenapa harus lagu itu.





Inilah rupa Ayish 3 hari sebelum Ayish meninggal.


Ditelefon Mama dan Opah, dapat Makde bercakap dengan Ayish yang tk larat bercakap sangat.

“Ayish, nanti Makde balik yer. Makde bawak hadiah dari Bangkok yer. Ayish nk ape-ape lagi tk? Ayish ckp ape yang Ayish nk. Cakap yer”

“Ayish pun dah tak tau Ayish nk ape dah”

“ok.Ayish rehat yer. Makde sayang Ayish. Nanti kite jumpe”

“Ok”

Itu.Itu perbualan terakhir.


SELAMAT JALAN SAYANG!

11 Disember 2007.

Jam 11.00 pagi Makde ade temu janji dengan pakar. Jam waktu itu mencecah 10.30. masih awal utk Makde ke TT medical centre. Telefon bimbit Makde berdering, ah, panggilan dari rumah.

“kakwa, Ayish dah nazak dah ni, dipanggil tak menyahut” Atam bicara tersekat-sekat.antara dengar atau tidak.

“ok, kakwa balik sekarang” . pantas respons Makde. Berderaunya darah ketika itu, hanya Allah yang tahu. Segera Makde hubungi Pak Lang di Serdang, minta bersiap-siap, Makde akan ambil Pak Lang dan terus pulang ke kampung.

Rakan sepejabat dikhabarkan. Terus Makde bersiap. Takdirnya, Makde dan Pak Lang tak tahu apa yang berlaku selepas itu kerana Atam tersilap mendail nombor. Inilah padah bila seluruh keluarga angka permulaan dan 4 angka di belakangnya sama! Mahu didail A, terdial B, mahu didail C, kadang-kadang ke F terus! Atam mahu mengkhabarkan sesuatu tapi khabarnya tidak sampai ke kami.

11.45 lebih kurang, Atok Ngah telefon Makde. Katanya dia akan lambat sedikit. Atok lang begitu juga. Katanya lagi

“pak ngah nk amik mak ngah dulu, baru balik kampung. kebumi dekat surau ansar, lepas zuhur Kamu amik edil yer? Tkpe, kamu balik dulu,”

Kebumi? Kebumi sape pulak nih? Oh, mungkin ade kawan Opah ngah meninggal kot. Sampai kesitu fikir Makde.tak tahu lansung apa yg berlaku.

Sewaktu dalam perjalanan mengambil Pak Lang, Makde sms kawan-kawan, minta didoakan yang terbaik utk Ayish. Sebetulnya, sekeluarga telah redha ketika itu. Jalan sesak. Ada perhimpunan dan perarakan di jalan besar. Makde tiba diserdang hanya ketika jam 12 lebih. Pak Lang juga kelihatannya tenang. Katanya, jangan terburu-buru. Makde juga keliru. Dalam hati, rasanya ada sesuatu berlaku.

12.30 dalam kereta, Ateh telefon. Katanya kami dimana, yang di KL pun dah ada yang sampai. Kami masih terperangkap dalam sesak di Tol Sg Besi. Kata Ateh lagi, kebumi nya selepas zuhur dijangka.

Makde terdiam panjang. Benar, benar rupanya. Ayish telah tiada!!! Makde tahankan sekuatnya. Tidak harus menangis.tidak harus.katanya redha. Harus kuat.harus kuat!

“singgah umah kamu dulu la, amik baju. Tkkan nk balik mcm ni aje” kata Pak Lang.

“nak singgah Cheras time macam nih? Tgh sesak nih? Kang tk sempat kite. Kebumi lepas zuhur tau”

“Kebumi? Haaa...dah meninggal ker? Astagfirullah”

Lepas tuh Pak Lang terus diam. Hanya memecut laju menuju PLUS. Ayish meninggal jam 10.40 dan kami hanya tahu jam 12.30. Terperangkap dalam sesak dan kemudian hujan lebat.

Hanya allah tahu betapa panjangnya rasa waktu ketika itu. Jauh betul. Sedangkan jarak KL – Teluk Intan hanya 200km. Kami rasakan berjam-jam dan jauh benar. Di rumah, kereta berpusu-pusu.ramai sudah menziarah, dari KL, Ipoh, bandar lain malah dari Penang juga sudah tiba!

Telefon kami berdering tak henti-henti.ditanya dimana lokasi. Kebumi ditangguhkan. Hanya Makde dan Pak Lang yang belum sampai. Keluarga dekat lain semua telah ada disisi jenazah. Menghampiri jam 3, baru kami tiba di kawasan teluk intan.

Degung jantung Makde kencang. Keranda tersedia didepan rumah, kain kapan juga alat kelengkapan siap semuanya. Kami yang ditunggu juga tiba.

Makde terus berlari masuk ke rumah.Di ruang tamu, ada katil bujang dengan jenazah Ayish tertutup rapi diatasnya. Opah dan Mama ada disisi katil. Atam mendukung anis. Atok, Pak Long, Mak Long, Ateh, Acu dan lain sume ada sama. Ruang tamu penuh dengan sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.Semua mata tertumpu pada kami.

Perlahan Makde hampiri Ayish. Makde bukak penutup muka. Allahuakbar. Makde terus terduduk. Hati Makde berkata

“This is not my Hariz. He’s not hariz...no..not Ayish”
Mahu sahaja rasanya ditanya pada Opah seketika itu juga, dimana Ayish? Ini bukan Ayish!

Mujur Makde masih waras dan punya pertimbangan. Makde tatap kembali wajah tenang Ayish. Empangan air mata Makde tak mampu dibendung. Hanya kata ini yang terkeluar tika itu.

astagfirullahalazim.... astagfirullahalazim.... astagfirullahalazim....”



Gambar diambil Atam petang sebelum Ayish pergi.



Inilah wajah Ayish tika Makde menghadap jenazah Ayish


Makde kucup dahi sejuk Ayish. Pipi cengkung Ayish. Mata Ayish.seluruh muka.tak henti Makde istigfar.Makde minta maaf lambat jenguk Ayish!

“Makde mintak maaf sayang. Maafkan Makde, maafkan Makde Ayish. Ampunkan dosa Makde”


Makde tk peduli orang sekeliling. Mereka juga meratap tangis. Perlahan, Mama pegang tangan Makde.

“Sudah la wa. Dah la tu. Sabar..bawak bersabar”

Mama dan Opah tenang dan redha ketika itu. Makde yang masih terkejut mungkin. Bayangkan, baru minggu lalu Makde tatap wajah Ayish, masih seperti yang dulu, tapi saat itu, Makde sendiri tk kenal Ayish! Begitu dasyatnya derita Ayish menanggung sakit.baru juga Makde fahami, perasaan bapa arwah Nurin. Mungkin begini rasanya.


Perbezaan antara wajah terakhir yang Makde tatap sewaktu Ayish masih ada & wajah yang makde tatap selepas Ayish pergi. Sungguh, hampir seminggu makde masih trauma, dibayangi wajah kesakitan Ayish


Segera selepas itu Ayish dimandikan. Kami semua ada dari memandikan hingga selesai solat.Atok, Pak Long, Pak Lang, Ateh, Acu yang lelaki dalam keluarga, semua menguruskan jenazah Ayish. Hingga mahu dibawa kekuburan, Makde dan Atam ikut sama. Mama, Opah dan Mak Long tinggal dirumah, ditemani yang berkunjung.

Akhirnya, derita Ayish berakhir. Berakhir juga. Sebenarnya selepas Ayish pergi, yg paling terasa tentunya Opah dan Atok. Juga Mama. Seperti kata Ayish

“dalam hati Ayish ni, yang no 1 Opah. No 2, Atok. Baru no 3 Mama....(dan seterusnya)”

Opah tak banyak bercakap pasal Ayish. Tapi Atok, tak henti-henti bercerita tentang Ayish hingga org lain pun tk dengar pasal lain. Bile ada yang menegur Atok, Makde kata pada mereka

“biarlah,biar abah cerita puas-puas. abah tuh tk dapat terima lagi tu”

Benar. Mmg Atok tk dapat terima permergian satu-satunya cucu lelaki yang Atok ada. Teman dari kecil. Kemana-mana sahaja. Berdua ke pekan teluk intan, naik motor, Ayish bertopi keledar kecik, mencari robot, atau lori atau bola atau dinosour.teman bercakap.teman melihat gusti di malam khamis bersama-sama menirap di ruang tamu.

Hingga kata orang, Ayish klon Atok. Apa juga caranya, semuanya mengikut Atok. Cakapnya? Sebijik Acuan Atok. Lalu, harus yang bagaimana Atok tidak terasa amat?

Subuh sehari selepas Ayish meninggal, seperti biasa, Atok akan ke surau menjadi imam. Hari itu, selepas solat subuh, teresak-esak Atok disejadah. Akhirnya air mata atom tumpah setelah ditahan-tahan begitu lama. Seumur hidup Makde, hanya dua kali pernah Makde lihat Atok menangis. Sedih benar Atok, kami juga bersedih!

Kami rindukan Ayish. Kami harap Ayish dapat doakan kami dari syurgaNya. Kami yakin, Ayish akan tenang disana,bersama kawan-kawan Ayish yang telah pergi dulu. Ayish jgn lupakan kami. Ayish tetap mutiara hati kami sampai bila-bila. Ayish yang satu, tiada kedua.

Semoga berbahagia sayang.
Moga kita bertemu disana!
____________________________________________________________

Makde = saya
Opah = emak
Atok = abah
Pak Long = Abg Li. Abg sulung saya, bisnes di Ipoh sekarang
Mak Long = Kak Linda. Isteri abg li. Bekerja sebagai accountant
Mama = Kak Mimie. Anak kedua.Mama arwah Ayish. Tinggal bersama emak abah
Pak Lang = Abg Dil. Anak ketiga.Tutor sambilan kerana sedang menunggu utk menyambung pelajaran
Ateh = Apik.Anak kelima. Adik lelaki yang membantu abah ketika ini
Atam = Ila. Anak keenam. Adik perempuan yang masih belajar
Acu = dekwan. Yang bongsu. Lepasan SPM. Sedang mengisi-isi borang permohonan.
Onyang = jiran yang dipanggil kami Opah. Baik dan rapat dengan kami.

Kak Mie adalah antara wanita plg tabah yang pernah dijumpa selepas emak.
Wallahu'alam
Wassalaam

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

7 comments:

  1. Anonymous8:32:00 PM

    Ya Allah, sedih nya....menitis air mata na....

    ReplyDelete
  2. hafiz albaranji8:35:00 PM

    salam...linangan air mata sya da ckup utk mceritakan prasaan sya.ksihan ngn cerita k.uwa n ksian tgk gmbr arwah. 2pupu sy da pergi mhadap Ilahi jge,pnyakit sme jge..moga ayish dtempatkan di klgn org b'iman,,,
    wsl,tbhkn ati kak...

    ReplyDelete
  3. allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.. smg ayish tenang di sana.kita yg hidup pasti menyusul.moga dpt bersatu kembali dlm jannahNya.buat kita yg masih hidup dan diuji Allah dgn perginya insan tersayang, harus tabah dan sabar melalui hidup di dunia menuju saat indah pertemuan dgn mereka, inshaallah di jannahNya. setiap insan yg kita sayangi adalah pinjaman dr Allah buat kita dan kini Allah mahukan nya kembali..
    sy rindu khalid juga.sgt rindu.
    kak wa, moga akak tabah hadapi perasaan rindu yg terpaksa ditanggung.
    they are the real fighters.sabar dan tabah dgn takdir Allah buat mereka.
    mak sy smpikan salam kat akak.
    allah, satukan kami kelak di jannahMu.allah, kuatkan hati kami menanggung rindu yg pasti berpanjangan ini.allah, pimpin kami selalu.
    syg selalu dr auckland. :X

    ReplyDelete
  4. anonymous:
    jzkk atas prihatin anda

    hafiz:

    ws wbt. Terima kasih banyak nasihat dan sokongannya. In sya Allah, ayish kini sedang berbahagia dibawah lindunganNya. MenghadapNya dalam keadaan ‘kain putih bersih’. Justeru yang perlu dikhuatirkan adalah kita. Kita yang bakal pegi bila-bila masa dengan bekalan yang compang camping disana sini.

    “Allah selamatkan kami”


    Sumayyah:

    Ws dan sampaikan salam kembali buat ummi awk di Melaka. Khalid pergi terlebih dahulu, ayish menyusul selepas itu. Sakit yang sama, tanggungan yg sama, in sya Allah, bertemu di dalam rahmat dan RedhaNya juga.Allahumma amen

    Tentu sekali akak faham perasaan awk sekeluarga. In sya Allah, kami redha dan tabah dalam ujian ini.

    Cuma rasa rindu adalah satu anugerah, yang tak ternilai. Buat insan tersayang. Doanya juga diaminkan, moga kita bertemu dalam suatu keadaan yang jauh lebih baik dari keadaan di dunia ini.

    Salam sayang dan rindu untuk semua di Auckland! 

    Moga tabah hati tak berbelah bagi!!!!

    ReplyDelete
  5. To all readers:


    Banyak lagi sebenarnya nasihat, dorongan dan ucapan takziah diterima yang tak putus-putus baik di YM, Email, telefon dan sebagainya selepas entri ini ditulis.

    Alhamdulillah, puji buatNya kerna saya dikurniakan ramai teman yang begitu prihatin, berkasih sayang keranaNya dan sangat memberikan dorongan dan galakan.

    Setinggi syukur buatNya dan terima kasih buat anda semua atas nasihat dan bekalannya. Mutiara kata yg dapat mengubat jiwa. Tak dapat saya letakkan satu persatu nasihat setiap dari anda disini. Hanya termampu ucapan terima kasih tak terhingga sekali lagi.

    Didoakan kita yang bakal menyusul ini, dapat dipertemukan dibawah payung Ilahi, dalam redha dan kasihNya.

    Allahumma inna nas’aluka redhakawal Jannah…
    Allahumma ameen
    Allahumma ameen
    Allahumma ameen

    ReplyDelete
  6. i hope he rest in peace too.
    banyak bersabar ye Kak Wa..
    as strong as i see u, always..

    ReplyDelete
  7. salaam fatin,

    thanks for your msg and ur sweet words kat YM. i really appreciate it. :)

    in sya Allah, always strong yer?hehe.yer ker? mudah-mudahan nampak strong wpon hakikatnya belum tentu strong.

    camne ari tuh... "ala,relax la"
    still re-call tk? hehehe.

    akak jumpe korang besok2. jgn nakal-nakal aaa. ;)

    ReplyDelete