Khutbah TERHANGAT Di Pasaran

Cukup sudah khutbah longlai, Cukup sudah khutbah sentimental, Cukup sudah khutbah kuyu, wahai khatib, ambil teks khutbah ini buat santapan pemuda2 perkasa. Isikan jiwa2 kosong dengan besi2 kekuatan iman dan taqwa.

Masjid Aqsa ! Masjid Aqsa ! Kami bersamamu ....



Maha Suci Allah swt yang telah mengisrakkan hamba Nya ( Muhammad saw ) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah diberkati sekelilingnya, agar Dia menunjukkan kepada hamba Nya tanda- tanda kebesaran Nya. (al-Israk: ayat 1 )



Di dalam Berdasarkan hadith Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, MAsjidku ini (MAsjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa

Berdasarkan hadith Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :

Bangunkan pemuda Islam dengan khutbah menyinga !!

Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, MAsjidku ini (MAsjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa?
Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

Berdasarkan hadith : Sabda Rasulullah S.A.W : "Solat di masjidil Haram bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan 1000 solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat".

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan dikategorikan sebagai Hassan.


Hadith dari al-Barra Bin ?Azib seperti yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim :
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bila tiba di Madinah, baginda telah berjumpa dengan saudara maranya di kalangan Ansar, dan baginda bersolat mengadap ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan sehingga akhir hadith.


Sidang Jumaat yang dimuliakan oleh Allah S.W.T,

Jelas dalam ayat ini Masjidil Aqsa termasuk dalam senarai tempat suci utama dalam agama Islam apabila ia dikaitkan dengan peristiwa Israk & Mikraj. Peristiwa ini amat penting kerana dengan ia ibadah solat, tiang agama, mula difardhukan. Masjid al-Aqsa juga merupakan Qiblat pertama dalam Islam sebelum umat Islam diarahkan untuk menghadap ke masjidil Haram ketika bersolat.



Tetapi sayangnya semenjak tahun 1948 , iaitu semenjak penubuhan negara haram Israel sehingga kini, bumi al-Aqsa telah menyaksikan pencabulan kesuciannya oleh pihak Zionis Israel . Pihak Zionis Israel yang telah merampas bumi Palestin dari umat Islam dan seterusnya meletakkan masjid al-Aqsa di bawah jajahan mereka dan membina tempat ibadat mereka pada sebahagian daripada tembok masjid tersebut.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya. Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:


"Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur dan musnah,Muhammad telah mati,
Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah"

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam, dan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka!

Bermula dari tarikh itu jugalah pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka. Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai "Tembok Buraq" (kerana dikatakan Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj) itu telah ditukarkan namanya kepada "Tembok Meratap".

Ianya telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat "meratap" di atas kehilangan "Haykal" yang pernah dibina oleh Nabi Sulayman di atas tapak tersebut. Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan "haji" mereka di sana. Bagi para tentera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera rejim juga akan menuna ikan "angkat sumpah" di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka. Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah stu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan untuk bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai "The Mount Temple" ataupun "Haykal Sulayman".

Antara aksi biasa jika diperdengarkan khutbah. Mari berubah !!

Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut faham Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan keganasan tersebut ialah minbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahanya.

Seharian suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut. Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, OIC telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Bagi penjenayah yang telah bertanggung jawab membakar masjid al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Z ionis kerana didapati "tidak siuman", walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!

Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia. Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC.



Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satupun yang dapat dilaksanakan. Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hanya menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv. Sehingga detik ini, w alaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut.

Khutbah kedua :

Sidang Jumaat yang dimuliakan oleh Allah S.W.T,

Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan beriman.

Allah S.W.T telah berfirman :

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman hendakkah kamu aku tunjukkan sebuah perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari api neraka?, Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta kamu dan nyawa kamu, dan itu lebih baik jika kamu mengetahuinya? (al-Saff: ayat 10 - 11 )

Selamatkan Aqsa !! Ayuh! bangun pemuda Islam !

Para ulama juga telah berijmak jika sejengkal sahaja dari tanah kaum muslimin dirampas maka jihad menjadi fardhu ain ke atas setiap muslim.

Atas kesedaran inilah mimbar yang mulia ini menyeru agar tindakan-tindakan yang bersifat urgensi diambil oleh para jemaah sekelian, samada ianya bersifat individu mahupun secara berjemaah. Mimbar yang mulia ini menyeru agar :

1) Para jemaah memperbanyakkan doa dan solat hajat memohon agar Allah S.W.T membantu para mujahidin di Palestin dalam menghadapi pihak rejim Zionis Yahudi. Dan juga tidak putus berdoa agar Allah menimpakan kekalahan yang teruk kepada pihak rejim Israel dan menghalau mereka terus dari bumi Palestin.

2) Para jemaah hendaklah banyak mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan perbuatan maksiat. Ini kerana Allah hanya akan menerima doa-doa mereka yang suci dari dosa dan juga doa-doa mereka yang dekat dengannya.

3) Para jemaah juga hendaklah berusaha memberikan kesedaran kepada sanak saudara, rakan taulan, rakan sekerja dan juga masyarakat sekeliling tentang kesengsaraan umat Islam di Palestin, penjajahan Yahudi ke atas masjid suci ketiga mereka dan juga kiblat pertama umat islam dan berusaha menyedarkan mereka terhadap tugas mereka dalam usaha mereka untuk membantu dan membebaskan masjid al-Aqsa dari penjajahan Israel.

4) Para jemaah juga hendaklah menghulurkan zakat, sedekah, derma dan sumbangan kepada tabung-tabung Palestin, NGO-NGO Islam yang menjalankan usaha kebajikan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga sesiapa sahaja yang melakukan usaha membantu saudara mereka di Palestin.

5) Para jemaah juga diseru agar memboikot barang-barang keluaran Israel, kerana dengan kekuatan ekonomilah mereka menghancurkan umat Islam dan masjidil Aqsa di Palestin. Begitu juga para jemaah juga diseru agar memboikot juga barang-barang keluaran Amerika Syarikat yang merupakan sekutu utama dan pembekal senjata kepada Israel untuk membunuh umat Islam. Ingatlah fatwa Dr Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan: Seringgit yang kita gunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan seringgit untuk Israel membeli sebiji peluru untuk membunuh kanak-kanak Palestin

Note: sumber : maszlee malik"

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment